Nadi Melugu X E-Sukan – Kelas: Strategi Media Sosial & Imej Diri

9 November 2025 | Aktiviti Terkini

Satu sesi kelas atas talian bertajuk “Strategi Media Sosial & Imej Diri” telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan membina imej diri yang positif serta strategi penggunaan media sosial secara berkesan dalam dunia eSukan.

Melalui kelas ini, para peserta didedahkan kepada cara mengurus kandungan media sosial, membina jenama peribadi, serta mengekalkan reputasi profesional dalam komuniti eSukan yang semakin berkembang pesat.

Program ini diharapkan dapat membantu pemain eSukan memperkukuh kehadiran digital mereka dan bersedia menghadapi cabaran dunia maya secara lebih matang dan beretika.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali